Faedah.

Ada seorang hamba Allah yang membaca Al-Quran. Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.

Maka, anaknya yang kecil bertanya:
“Apa faedah ayah baca Al-Quran tanpa menghafalnya sedikitpun?”

Jawab ayahnya:

“Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku.”

Kata anak: “Mustahil ia penuh.”

Jawab ayah: “Cubalah dulu.”

Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya:

“Tidak ada faedah saya mengisinya.”

Ayahnya menjawab: “Cuba lagi kali kedua!”

Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: “Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air.”

Kata ayah kepada anaknya: “Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?”

Budak itu terkejut dan menjawab: “Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya.”

Maka, berkata si ayah kepada anaknya:

“Ini adalah apa yang dilakukan Al-Qur’an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-Qur’an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya”

Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah.

Sahabat.

🌹Bicara hati lukisan jiwa🌹:

Sabda Rasulullah SAW.
Bersahabatlah dengan orang yang keadaanya sentiasa membangkitkanmu dengan kata katanya banyak menyedarkanmu ke Jalan Allah.

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi, dalam kita bersendirian kita beruntung kerana, mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan ke ikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.

Untung nya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita tanpa jemu. Segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Sebagai kekuatan.
Jadilah juga sahabat setianya.
Jangan ada hanya susah bila senang, kita pergi pada kawan yang lain.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu.
Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya yang ada disaat kita perlukan dia, mungkin kita akan tahu.
Apa yang hatinya juga rasa.

Renungilah.
Jangan dia sahaja ada buat kita, kita juga perlu ada buat dia.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada kita adalah sahabat yang baik dan orang yang menunjukkan kesalahan kita adalah sahabat yang paling baik.

🌹🌹🌹🌹🌹